Khamis, 15 November 2012




Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku

"Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang
menghiris dan membunuh perasaan
jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.

Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
tak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman."

Isnin, 29 Oktober 2012

Sekapur Sireh




Dengan terciptanya blog ini, saya berharap agar dapat berkongsi semaksima yang mungkin pengalaman dan info-info berkenaan subjek bahasa Melayu kepada para pembaca. Sebarang penambahbaikan mahupun kritikan amat dialu-alukan Ini bagi.. Insya Allah, blog ini akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. Semoga semua info-info yang ada dapat memberi manfaat kepada warga pendidik termasuk saya untuk mendidik anak bangsa Malaysia.
 
Terima kasih.